Pusat Pendidikan Al Barakah Mohammad Kazim Elias

Atas sambutan orang ramai yang berminat untuk mendalami ilmu agama maka pada tahun 1995, Al Fadhil Ustaz Mohd Kazim telah mengambi inisiatif untuk membuka kelas pengajian kepada orang ramai di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Maxwell, Ipoh. Apabila jumlah pelajarnya semakin bertambah, maka Ustaz Mohd Kazim telah berpindah ke rumah kedai dua tingkat yang lebih besar di Silibin di bawah nama Sedaya Irham.

Sewaktu di sini jumlah pelajar yang mengikuti kelas pengajian semakin bertambah dan bagi menampung jumlah permintaan tersebut maka tercetusnya idea untuk mambangunkan sebuah pusat pendidikan. Berkat bantuan Allah Subhanawataala, pada tahun 2004 melalui satu lelongan awam di Mahkamah Ipoh, sebidang tanah telah dapat dibeli dengan harga RM 45,000. Di tanah lot beralamat 61083, Jalan Pemimpin, Kg Manjoi, Makam Ulu Kinta, Perak didirikan bangunan Pusat Pendidikan Al Barakah yang pertama. Pusat Pendidikan Al Barakah ini didirikan hasil dari sumbangan wakaf orang ramai.

Kerja-kerja pecah tanah telah dibuat pada 2005 dan Penaung Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu Dato' Kapt (B) Haji Najimuddin bin Elias Al Hafiz telah merasmikan majlis perletakan batu asas Pusat Pendidikan Al Barakah. Bagi membangunkan fasa 1 pusat ini,bangunan seperti surau dan pondok moden berjumlah sebanyak 52 buah telah didirikan. Alhamdulillah pada 21 Oktober 2006, Majlis Perasmian Pusat Pendidikan Al Barakah telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Besar Perak pada ketika itu, iaitu YB Dato' Seri Diraja Tajol Rosli bin Tan Sri Ghazali.

Semenjak itu Pusat Pendidikan Al Barakah terus berkembang dengan pesat. daripada memiliki sebidang tanah kini Pusat Pendidikan Al Barakah telah memiliki 6 bidang tanah yang terletak berhampiran di antara satu sama lain.Kini dalam usia empat tahun Pusat Pendidikan Al Barakah telah mempunyai kelas pengajian yang dibahagikan kepada 3 iaitu pengajian dewasa, KAFA dan Pengajian Tahfiz. Bagi Kelas Pengajian Dewasa sahaja, jumlah pelajar yang berdaftar adalah seramai 500 orang dan Kelas Agama Albarakah (SRAR) pula mempunyai 400 orang murid bagi kelas sesi pagi dan petang.

Pusat Pendidikan Al Barakah kini telah membangun dan mengubahsuai dewan besar sedia ada yang sekarang boleh menampung lebih dari 400 orang di mana kelas pengajian dewasa dijalankan, surau yang boleh memuatkan 300 orang jemaah dalam satu-satu masa, bangunan pentadbiran, Sekolah Agama Al Barakah dan pondok moden. Jumlah pondok juga telah bertambah dari 52 ke 80 buah.[perlu rujukan]

Rujukan

WikiPedia: Mohammad Kazim Elias http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/rosyam-terbi... http://www.anajingga.com/2016/04/koleksi-buku-dato... http://www.facebook.com/ustazmohdkazim http://galeriilmu.com/v4/index.php?route=product/p... http://www.kedaibukubanggol.com/product/menuju-jan... http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx... http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx... http://www.bharian.com.my/node/32675 http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pesta-buku-ka... http://www.utusan.com.my/berita/nasional/uksb-lanc...